sygQu followers~~~

Wednesday, November 24, 2010

Jodoh Terletak di Tangan Allah S.W.T..."sharing2 je"...


"Eh bila nak kahwin ni?"

"Cikgu ni, jodoh depan mata pun tak nak!!Kami nak makan nasi minyak cikgu sebelum kami keluar sekolah.."

" Iman!! kalau saya akak kenalkan dengan seseorang nak tak??''

"Kamu ni dari hayat arwah ayah masih ada, sampai dia dah meninggal, jawapan sama je, takde jodoh! Takde jodoh" 

"Iman, kamu dah ada berapa orang anak??" tanya kawan-kawan lama...

" Kau ni memilih sangat kot!!"

************************************************************************************I

Itulah sebahagian dari soalan-soalan yang sering ditanya oleh mereka yang begitu rapat dengan saya. Ya, saya cukup sedar malah menginsafi usia saya telah menginjak ke angka 30 pada tahun ini sememangnya sudah layak untuk berkahwin.Malahan ramai dari sahabat-sahabat seperjuangan saya sudahpun berkeluarga dan memiliki cahaya mata.


Seringkali saya terfikir kenapakan saat ini belum diberikan jodoh oleh Yang Maha Kuasa? Karana faktor keadaankah yang memaksa saya untuk masih tetap hidup tanpa pasangan sampai detik ini? Faktor kerjaya, belum menemukan pasangan yang sesuai atau diam-diam percaya pada ungkapan 'All the good guys already taken' ? Atau mungkin faktor kegagalan berkasihan dahulu menyebabkan saya tawar untuk membina masjid!! Lalu menuding Allah yang sengaja menyulitkan jalan bertemu jodoh? Nauzubillah!!! 

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat itu dan ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang diingini, ia juga datang bersama masalah. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada, tetapi deritanya datang bersama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Perkahwinan juga demikian.

Ia baik sebab dibenarkan agama dan sunnah Nabi sebagai saluran betul untuk melepaskan syahwat di samping membina sahsiah, tetapi ia juga buruk sebab ramai orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Saya terkenang beberapa ungkapan dan kata-kata nasihat serta ayat al-quran tentang khidup berumah tangga

1)Ramai orang menempah neraka sebaik saja melangkahkan kaki ke alam berumah tangga. Bukankah dengan ijab dan kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang banyak juga terpaksa dipikul? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

2) Berapa ramai yang menyesali perkahwinan masing-masing pada hal dulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih, malah ada yang sanggup berkorban apa saja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri atau suami, tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu.

3) Jika rasa belum bersedia untuk bersabar dengan kerenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dulu sebab hakikatnya, ramai yang tidak bersedia untuk melangkah, tetapi sudah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

4) Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan daripada ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsianya.

5) Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorongnya supaya jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

6)"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.” Surah ke 36. Ayat ke 36.
*************************************************************************************

Kepada kaum keluarga, sahabat handai, para pelajar saya yang selalu bertanyakan jodoh saya, saya percaya jodoh itu rahsia Allah. Dan saya tidak akan menolak jika sudah sampai tika dan saatnya untuk bergelar suami. Bukankah apabila matinya anak adam maka terputuslah amalannya melainkan 3 perkara:

1) Sedekah jariah
2) Ilmu yang bermanfaat
3) Anak yang soleh yang akan mendoakannya

Dan doa anak yang soleh itulah saya perlukan!! Jumpa lagi !!Assalamualaikum..

No comments: